Pas

Followers

06 June 2012

dear HATI :)

dear HATI.. 
aku yakin hati boleh buat
tak perlu nak ingat apa yang dah berlalu
semua itu dunia semata- mata
mana kekuatan yang hati bina dulu ?

dear HATI,
ingat.. Allah sentiasa ingat semua hambanya bila hambanya sentiasa ingatkan Dia ketika susah dan senang
tak perlu hati nak bersedih
selagi tak tertulis perjanjian hitam putih tentang sesuatu perhubungan
itu masih belum menjadi penyebab untuk hati mati buat seketika
dan sehingga masih tiada lafaz syukur olehnya terhadapmu
janganlah bersedih

'mungkin kamu sedang membenci apa yang baik bagimu dan mungkin kamu mencintai apa yang buruk bagimu, Allah(Tuhanmu) mengetahui segala- galanya.

dear HATI.
sepatutnya hati perlu mengucap syukur kepada Allah kerana diberi petunjuk dan setiap yang terjadi adalah kebaikan yang bererti Allah sayang kepadamu.
dan Allah tidak mahu kamu leka dengan kesenangan dunia yang menipu
itu adalah makna Allah tidak menyukai keadaan yang kamu hadapi itu tetapi bagimu ianya sempurna kerana bagi Allah itu merupakan suatu kesusahan.

dear HATI
bersyukur kepada Tuhanmu kerana Dia mengaturkan yang terbaik kepadamu..

dear HATI
diharapkan hati mampu melalui semua kesusahan ini kerana Allah sayang kepadamu
hati yang tabah akan sentiasa diingat Allah
dan berbanggalah kerana hati masih mempunyai peluang yang Allah ciptakan untuk melakukan sesuatu untuk memperbetul kesilapan lalu yang pernah hati lakukan

dear HATI
hati selalu berpesan kepada semua yang 

'setiap yang terjadi itu sentiasa ada hikmahnya, hanya perlu menanti dengan sabar'

dear HATI
insaflah dengan perlakuan yang tidak sopan  itu kerana ianya memang tak pernah bermanfaat kepadamu..

dear HATI
mungkin Allah putuskan sesuatu,
kerana ada yang lebih baik dari itu yang tercipta untukmu
dan jika dia melakukan sesuatu untuk melukakan hatimu,
mungkin suatu hari dia akan merasai perkara itu juga nanti
hidup ini karma

dear HATI
hati dah tahu,
sebelum Allah ciptakan manusia,
Allah telah temukan roh dengan pasangannya masing-masing
dan mereka pernah berjanji untuk mencari antara satu sama lain
di dunia kelak.
jadi janganlah bersedih. semua itu dugaan yang mengajar erti untuk terus bangun

lastly, TERIMA KASIH ALLAH

p/s : hidup ini karma. jangan pernah jatuh kerana itu menunjukkan kelemahan yang tersembunyi dalam dirimu.